Empat tan makanan ke dua kampung Orang Asli dihantar guna helikopter - Utusan Malaysia

Empat tan makanan ke dua kampung Orang Asli dihantar guna helikopter

PIHAK berkuasa menggunakan helikopter untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di dua perkampungan Orang Asli dan pekerja ladang di Kahang, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kira-kira empat tan makanan dihantar menerusi dua penerbangan ke kawasan perkampungan Orang Asli dan  ladang di Kahang, dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, bantuan dihantar ke dua kampung, iaitu Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung Orang Asli Tereh serta Ladang Kelapa Sawit Selai dan Ladang Kelapa Sawit Enggang. 

“Penerbangan menggunakan helikopter Agusta Westland (AW) 139 yang dikendalikan oleh Superintenden Mohd. Fairuz Jamil sebagai juruterbang dan pembantu juruterbang, Asisten Superintenden Shahrizt Shaharudin.

“Antara barang makanan yang dihantar hari ini ialah beras, air mineral dan gula,” katanya kepada media, di sini.

Menurut Bahrain, penghantaran bekalan makanan itu untuk keperluan bagi 900 penduduk daripada 240 keluarga. 

“Untuk penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Pucur, penghantaran bekalan makanan akan dilakukan melalui laluan sungai atau darat dalam masa terdekat,” katanya. 

Dalam pada itu, Bahrain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhubung dengan pihak polis atau pasukan menyelamat yang lain sekiranya berdepan dengan masalah di kawasan penempatan masing-masing. 

“Dengan adanya maklumat lengkap daripada penduduk, secara tidak langsung memudahkan kami menyediakan langkah-langkah bersesuaian bagi menghantar bantuan sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya