Dua beradik nyaris maut rumah terbakar - Utusan Malaysia

Dua beradik nyaris maut rumah terbakar

Dua beradik
PASUKAN bomba memeriksa kebakaran itu di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua beradik berusia tujuh dan lapan tahun nyaris rentung apabila kediaman mereka di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam di sini, terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.30 malam itu, ibu bapa mangsa dipercayai tiada di rumah dan kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat satu berkenaan.

Bagaimanapun, kanak-kanak  lelaki dan perempuan itu terselamat selepas dikeluarkan pengawal keselamatan dan jiran kawasan perumahan mereka.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sepasukan 19 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.33 malam.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan kabinet dan tilam di sebuah bilik kediaman tersebut. Api bagaimanapun berjaya dipadamkan pengawal keselamatan dengan alat pemadam api sebelum ketibaan bomba,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas Norazam, siasatan awal mendapati ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak itu keluar atas urusan mengambil anak jiran di Banting.

“Seorang sepupu mangsa kemudian terdengar bunyi letupan dan melihat api dari sebuah bilik di bangunan lima tingkat tersebut. Dia kemudian memanggil pengawal keselamatan untuk membantu mangsa yang berada di ruang tamu rumah itu,” jelasnya.

Tambah beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Bomba turut menjalankan pemeriksaan sisa api secara menyeluruh di seluruh kediaman itu. Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pukul 12.50 tengah malam tadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.