Bunuh karakter presiden punca UMNO tersungkur - Utusan Malaysia

Bunuh karakter presiden punca UMNO tersungkur

Dr Asyraf Wajdi bergambar bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Strategi pembunuhan karakter dilakukan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan menjadi antara punca parti itu tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan, apabila perwatakan seseorang pucuk pimpinan sering dipertikai dan dipersoalkan oleh pelbagai pihak, ia sekali gus melemahkan parti secara keseluruhan.

“Presiden adalah pusat graviti kepada parti. Yang Amat Berhormat Presiden (Ahmad Zahid) bukanlah individu tetapi sebuah institusi. Lemah institusi presiden, lemahlah organisasi. Hancur institusi Presiden maka musnahlah kekuatan parti.

“Sebab itu strategi menyerang peribadi pemimpin, membunuh karakter pemimpin dan menghancurkan kredibiliti pemimpin adalah senjata paling ampuh bagi melemahkan dan menundukkan mana-mana organisasi.

“Ini terbukti jelas baik PRU14 dan PRU15, kedua-dua kepimpinan tertinggi parti dibunuh kredibiliti, diwajahkan persepsi begitu hodoh akibat pendakwaan politik terpilih dengan begitu dahsyat hingga mengakibatkan UMNO jatuh tersungkur,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Namun, beliau mengakui, perkara itu berlaku kerana UMNO sendiri gagal mempertahankan pucuk pimpinan parti daripada serangan-serangan peribadi oleh pihak lawan.

“Malangnya, kita sendiri yang merelakan segala kebobrokan yang berlaku.

Pentas media sosial peribadi dibuka ruang untuk kepimpinan sendiri dihina.

“Malah, kita khayal dan seronok dengan gegak gempita, sorak sorai penonton tatkala memerli dan merendahkan parti sendiri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.