Budak jatuh tingkat 11 meninggal dunia ketika dirawat di HSA - Utusan Malaysia

Budak jatuh tingkat 11 meninggal dunia ketika dirawat di HSA

ANGGOTA bomba membawa turun seorang budak lelaki yang terjatuh dari tingkat 11 Rumah Pangsa Larkin yang kemudian disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HSA, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki yang terjatuh dari kediaman keluarganya di tingkat 11 di Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda, di sini semalam dilaporkan meninggal dunia.

Mangsa yang berusia 12 tahun itu pada mulanya mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas dilaporkan terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah malam tadi ketika menerima rawatan.

“Polis mengesahkan terdapat kes berkenaan dan kematian kanak-kanak lelaki berkenaan dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat menerusi aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa  merupakan anak tunggal dan mengalami demam beberapa hari lalu.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum mengigau sehingga menyebabkan dia terjatuh dari kediaman mereka.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Zulkarnain Ariffin memberitahu, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang budak terjatuh pada pukul 7.31 malam semalam.

“Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

“Kita dapati seorang budak lelaki didapati tersangkut di bahagian bumbung kedai di tingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit. 

“Anggota bomba bertindak membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan menggunakan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke HSA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya