Banjir Pahang: Mangsa menurun 200 orang di tiga PPS di Rompin - Utusan Malaysia

Banjir Pahang: Mangsa menurun 200 orang di tiga PPS di Rompin

DUA MANGSA menaiki bot untuk dibawa berpindah ke PPS balai raya Kampung Denai di Rompin, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini menurun kepada 200 mangsa daripada 63 buah keluarga yang ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin sehingga pukul 4 petang hari ini.

Berbanding pukul 8 pagi hari ini, sejumlah 314 mangsa daripada 96 buah keluarga ditempatkan di tiga buah PPS di Mukim Keratong Dua dan Mukim Endau di daerah tersebut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, PPS balai raya Kampung Setajam masih menempatkan 165 orang mangsa daripada 53 buah keluarga, PPS balai raya Kampung Denai seramai 26 orang mangsa (lapan keluarga).

“Sebuah lagi PPS dibuka pada hari ini, iaitu balai raya Kampung Jawa dengan penempatan dua orang mangsa daripada sebuah keluarga.

“Penururun mangsa banjir di Rompin berikutan PPS balai raya Kampung Rekoh mula ditutup tengah hari ini berikutan seramai 122 orang mangsa daripada 35 buah keluarga pulang ke rumah masing setelah air surut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Che Adam, petugas PPS yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), APM Rompin, balai penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) terus memantau kebajikan mangsa banjir yang masih berada di PPS berkenaan.

Dalam perkembangan sama, anak Sungai Pahang di Rompin, iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong masih bertahan dan merekodkan bacaan paras bahaya, sementara Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera di peringkat waspada serta tren menurun.

“Hujan lebat dan ribut petir dilaporkan masih berlaku di kebanyakan tempat 11 buah daerah negeri mulai petang hari ini hingga ke malam esok.

“Penduduk yang tinggal di pesisir sungai perlu berwaspada dan sentiasa memperoleh maklumat sahih daripada pihak berkuasa beruniform, agensi kerajaan, balai penghulu dan JPKK,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.