Banjir: Enam PPS dibuka di Johor - Utusan Malaysia

Banjir: Enam PPS dibuka di Johor

SEBANYAK enam PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di tiga daerah di Johor setakat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di negeri setakat pukul 1 petang ini susulan berlakunya banjir di beberapa kawasan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat itu kini menempatkan 298 penduduk daripada 74 keluarga.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa

Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua PPS itu mula dibuka antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata, Segamat merupakan daerah paling terjejas setakat ini melibatkan 227 penduduk yang terdiri daripada 59 keluarga.

“Seramai 104 penduduk Kampung Pekan Air Panas membabitkan 26 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, manakala 19 keluarga terdiri daripada 68 penduduk Kampung Paya Merah ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

“Sementara itu, 14 keluarga terdiri daripada 59 penduduk Kampung Sungai Gatom dipindahkan di dewan kampung terbabit yang turut dijadikan PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di Kluang, Azmi berkata, tiga keluarga membabitkan lapan penduduk SPKR Yap Tau Sah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, manakala enam keluarga terdiri daripada 18 penduduk Kampung Palembang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Ping Ming.

“Di Kota Tinggi pula, satu PPS dibuka di Dewan Kampung Baru Sungai Mas dengan 41 penduduk kampung tersebut membabitkan enam keluarga dipindahkan ke dewan itu,” katanya.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung Monsun Timur Laut, Johor antara yang berada dalam amaran bahaya dan cuaca buruk hingga esok.

Dilaporkan, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru berada dalam amaran bahaya yang dijangka menerima hujan sangat lebat secara berterusan.

Segamat, Batu Pahat dan Pontian pula diberikan amaran buruk, iaitu hujan lebat berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya