Apa lagi yang pemain mahu?

Apa lagi yang pemain mahu?

Michelle Chai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai mengakui buntu terhadap prestasi skuad negara khususnya ‘ayam tambatan’ badan induk itu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah tatkala segala keperluan dan kehendak mereka telah dituruti dalam usaha menjadi juara di laman sendiri.

Kali terakhir Malaysia mara ke final Terbuka Malaysia dan dimasyhurkan sebagai juara adalah menerusi legenda Datuk Lee Chong Wei pada 2018.

Pencapaian barisan pemain Malaysia pada penampilan kali ini adalah yang terburuk sejak 2015 apabila perjalanan wakil negara sekadar di suku akhir dan tahun ini, skrip sama berulang sekali gus merencatkan status kejohanan Terbuka Malaysia yang kini dinaik taraf Super 1,000.

Michelle berpendapat, para pemain seperti sudah hilang keseronokkan untuk bermain dan mula berasa terbeban dengan tanggungjawab yang terpaksa mereka galas buat negara.

“Justeru, saya berasakan para pemain perlu cari semula keseronokan bermain, di mana kegembiraan itu. Mereka mesti cari keseronokkan sewaktu mula-mula mereka membuat keputusan untuk bermain badminton kerana adalah menjadi satu penghormatan dapat mewakili Malaysia,” katanya dalam sidang media di Axiata Arena, semalam.

Menurut Michelle, juara dunia, Aaron-Wooi Yik dan pemenang Terbuka Perancis, Pearly-Thinaah gagal mempamerkan persembahan dan kualiti sebenar mereka.

“Sekarang ini kita tak boleh berselindung bahawa kita sedang mencuba, realitinya mereka adalah juara dunia, ranking dunia No. 6, kalau tahun lepas kita memburu, tetapi apabila sampai ke puncak kita gagal kekal berada di atas.

“Perwatakan sebenar anda akan dapat dilihat bukan ketika anda hendak panjat gunung, tetapi apabila anda dah sampai ke puncak, anda boleh atau tidak bertahan duduk lama di situ,” ujarnya.

Beliau menegaskan, apa lagi yang pemain mahukan, semuanya telah tersedia untuk mereka termasuk bayaran gaji, fasiliti dan jurulatih yang berkelas dunia.

Jika bercakap mengenai tekanan, katanya, bukan hendak meremehkan mengenai isu tersebut kerana baginya semua orang akan berdepan masalah sama dalam apa sahaja bidang kerjaya.

Mengulas pula tentang sasaran pingat emas pada Sukan Olimpik, Michelle memberitahu, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk membawa masuk pakar pemakanan yang ditugaskan khusus untuk memantau pemakanan para pemain yang berada di bawah perancangan ke Paris.

“Kita sudah berbincang dan telah pun bersetuju untuk pemain-pemain yang pergi ke Paris akan ada diet khusus, pendekatan dari segi pengurusan mental juga kita akan gunakan cara yang berbeza,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya