540 terima darjah kebesaran, bintang, pingat hari keputeraan Tuanku Muhriz - Utusan Malaysia

540 terima darjah kebesaran, bintang, pingat hari keputeraan Tuanku Muhriz

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir mengetuai senarai 540 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-75, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Kedua-dua mereka dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga anugerah Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran DAtuk pula diberikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Azizul Azmi Adnan, Pengerusi Perbadanan MAINS, Razman Hafidz Abu Zarim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM), Shazril Imri Mokhtar.

Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada tiga penerima iaitu Pro Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Datuk Tunku Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin, Penghulu Luak Gunung Pasir, Hanizam Harun serta Pengarah Urusan Ting’s Dental Sugery, Dr. Ting Choon Ee. 

Dalam pada itu, seramai 15 individu dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner, Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Negeri Sembilan, T. Arokiasamy dan Presiden dan Pengarah Lexis Group, Chew Siok Cheng.

Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan anugerah yang sama kepada Pengarah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Dr. Zaleha Md. Noor, Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HTJ Seremban, Dr. H. Krishna Kumar, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Muhammad Nazri Kassim dan Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Roslee Rajikan

Seramai 16 individu menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), 22 penerima Darjah Pekerti Terpilih (DPT), 69 menerima Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) manakala Setiawan Tuanku Muhriz dikurniakan kepada tiga individu.

Seramai 139 individu lagi dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC), 241 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (14) dan Pingat Khidmat Lama (13). 

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bagi sesi pertama berlangsung hari ini di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah di sini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya