Enam maut, enam cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan - Utusan Malaysia

Enam maut, enam cedera dalam kemalangan babitkan dua kenderaan

KEADAAN kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga meragut lima nyawa di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Enam orang maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi dan Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat Mersing, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd. Noh berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Mohd. Sharizan Syafandi, 24, datang dari arah Kluang menuju ke Kahang dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. 

“Berpunca daripada kejadian itu, kereta Honda Stream yang dipandu oleh Zulkeflly Zakariah yang datang dari arah Kahang tidak sempat mengelak dan seterusnya melanggar bahagian kiri kereta Perodua Myvi berkenaan. 

“Akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Myvi terbalik lalu jatuh ke kawasan lapang menyebabkan lima orang maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Lima mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah Mohd. Sharizan Syafandi, 24, Nur Annalesha Rania Mohammad Arifin, 6, Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22, Masrina Kahdar, 20, dan Muhammad Zharfan Noramin, 15.

Seorang lagi mangsa, iaitu Siti Nurzannah Kahdar, 25, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kluang, Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.40 petang dan seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati semua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai kecuali seorang yang masih berada di dalam kereta Honda Stream,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya