Waris hadir bagi mengecam mayat di Hospital Sungai Buloh

Waris hadir bagi mengecam mayat di Hospital Sungai Buloh

WARIS dan ahli keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali tiba di Hospital Sungai Buloh bagi proses pengecaman mayat di sini hari ini.-UTUSAN/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli keluarga waris masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk mengecam dua mangsa yang dijumpai.

Pemeriksaan bedah siasat masih dijalankan dan waris sedang menunggu bagi proses pengecaman.

10.49 malam semalam, mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan mangsa ke-25 kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) ditemukan di bawah runtuhan sedalam 17 meter di Sektor C (Riverside).

Sementara itu, mayat seorang lelaki dewasa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkemahan FoF di Jalan Batang Kali-Genting, pagi ini pada pukul 11.16.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FoF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi. 61 mangsa dilaporkan selamat sehingga kini.-UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN