Warga emas OKU melulu lintas jalan maut dirempuh kereta

Warga emas OKU melulu lintas jalan maut dirempuh kereta

LELAKI OKU yang merupakan warga maut dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas berhampiran Masjid Kelar, Pasir Mas, Kelantan malam tadi-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki warga emas yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mental maut dirempuh sebuah kereta selepas melintas jalan secara melulu di Jalan Pasir Mas dekat Masjid Kelar di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, mangsa, Zulkiffli Ab. Ghani, 62, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu seorang warga emas yang berusia 67 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke rumahnya di Kampung Kangkong di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melintas secara melulu dari bahu kiri jalan ke laluan kereta terbabit.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak dan menekan brek sebelum merempuh mangsa.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah pada kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang melintas jalan sehingga berlaku kemalangan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya