Undi awal: 260 anggota polis mengundi di DUN Tioman

Undi awal: 260 anggota polis mengundi di DUN Tioman

DUA anggota polis selesai mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di Rompin, Pahang. -UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Seramai 260 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.042 Tioman hari ini. 

Ia membabitkan dua pusat pengundian iaitu di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin dan Balai Polis Tekek di Pulau Tioman.

Berdasarkan tinjauan, anggota dan pegawai polis mula beratur di hadapan pusat pengundian pada pukul 7.30 pagi sebelum calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim tiba pada pukul 7.45 pagi bagi meninjau proses pengundian.

Kira-kira pukul 8 pagi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd. Johari Hussein tiba bagi meninjau proses pengundian diikuti calon Bebas, Sulaiman Bakar pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, perjalanan pengundian berjalan lancar di kedua-dua lokasi hari ini yang melibatkan 242 pengundi di pusat pengundian IPD Rompin dan 18 pengundi di pusat pengundian Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

“Peratusan pengundi tidak akan mencapai 100 peratus kerana terdapat pengundi yang sudah tidak berkhidmat akibat dibuang kerja dan sebagainya yang masih belum menukar tempat mengundi selain pesara polis yang berada di Sabah,” katanya di sini hari ini.

PRU15 DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN bagi kerusi itu, Md. Yunus Ramli, 61, meninggal dunia pada hari pengundian 19 November lalu akibat serangan jantung.

Pilihan raya umum (PRU) itu menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mohd. Johari, Nor Idayu, Sulaiman, Osman A. Bakar mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly Pakatan Harapan (PH). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.