Tuanku Muhriz berangkat hadir taklimat pencapaian MAINS - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz berangkat hadir taklimat pencapaian MAINS

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat hadir ke taklimat pencapaian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang diadakan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKIN WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke taklimat pencapaian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang diadakan di sini hari ini. 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. 

Taklimat mengenai pencapaian MAINS itu telah disampaikan oleh Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir. 

Taklimat julung kalinya diadakan itu setelah penyusunan semula MAINS dilakukan yang turut merangkumi aktiviti dan kutipan zakat di negeri ini selain meningkatkan perkhidmatan kepada umat Islam.

“Pihak MAINS telah mempersembahkan prestasi pencapaian MAINS tahun 2022 kepada Tuanku Muhriz. 

“Alhamdulillah, daripada segi keseluruhannya pencapaian kumpulan wang MAINS meningkat sebanyak 15.65 peratus pada tahun ini. 

“Pada tahun depan, MAINS akan merancakkan semua aktiviti khusus membantu golongan fakir miskin termasuk menyediakan program kesedaran dan dakwah dapat dipertingkatkan,” kata Abdul Aziz kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, MAINS akan terus menyantuni syarikat-syarikat korporat, badan berkaitan kerajaan (GLC)  bagi tujuan zakat di negeri ini. 

“Dalam taklimat tadi juga, kami  ada memaklumkan mengenai peningkatan kutipan zakat GLC yang berada di negeri ini dan membayar zakat di sini.

“Beberapa syarikat seperti Felda, Tabung Haji antara yang memberi manfaat zakat di Negeri Sembilan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya