‘Tinggalkan komen, cadangan bernas untuk kita teliti’ 

‘Tinggalkan komen, cadangan bernas untuk kita teliti’ 

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta seluruh rakyat Malaysia meninggalkan komen dan cadangan yang bernas dalam media sosial untuk diteliti supaya dapat menambah baik pentadbiran kerajaan. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, perkara itu penting untuk membuat permulaan dan perubahan yang baru untuk negara ini. 

“Mohon doa semua sahabat dan seluruh rakyat Malaysia untuk kita membuat permulaan dan perubahan yang baru untuk Malaysia ini. 

“Tinggalkan komen dan cadangan bernas yang boleh kita teliti untuk menambah baik sistem penyampaian awam dan urus tadbir kerajaan yang baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. 

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra, pada pukul 8 pagi tadi. 

Selain Timbalan Perdana Menteri, Presiden UMNO itu turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya