KULIM: Perikatan Nasional (PN) mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dengan 14,536 undi setakat pukul 9.15 malam.
Calon PN, Datuk Azman Nasrudin memperolehi majoriti 5,186 undi selepas meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang mendapat 9,350 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivaraj yang menarik diri pula menerima 1,042 undi diikuti calon bebas, Sreanandha Rao (215); dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Hamzah Abd. rahman (127).
Calon Parti Warisan, Mohd. Bakhri Hashim yang turut memberi laluan kepada PH menerima 55 undi. -UTUSAN