Tiada kesan buaya di Tasik Serendah  - Utusan Malaysia

Tiada kesan buaya di Tasik Serendah 

Tasik Serendah
PERHILITAN Selangor memaklumkan tiada buaya dikesan di Tasik Serendah, Hulu Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor tidak menemui sebarang kesan atau tanda kehadiran seekor buaya di Tasik Serendah, Hulu Selangor.

Perkara berkenaan susulan dakwaan pengguna media sosial menerusi gambar yang tular di laman itu hari ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi berkenaan pukuk 1.40 petang tadi.

“Sepanjang tempoh siasatan itu, kami tidak menemui sebarang tanda kehadiran buaya tersebut. Tiada hidupan liar yang dilaporkan itu setakat ini,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Jelas beliau, pihaknya bagaimanapun akan menjalankan pemantauan secara berterusan di Tasik Serendah.

Sehubungan itu, Choon Yung menasihatkan orang ramai supaya berwaspada sekiranya ternampak buaya tersebut.

“Jangan sesekali menghampiri haiwan itu dan segera menghubungi pihak berwajib termasuk Perhilitan untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Terdahulu, perkara itu tular dan orang ramai terutama pemancing dinasihatkan supaya berhati-hati di kawasan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya