Tembok roboh, penghuni Lake View Suites resah - Utusan Malaysia

Tembok roboh, penghuni Lake View Suites resah

Tembok penghadang sepanjang kira-kira 40 meter di kediaman Lake View Suites roboh sehingga menampakkan bahagian akar pokok di Austin Perdana, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Baiki segera! Sebuah tembok penghadang sepanjang kira-kira 40 meter yang dibina berhampiran tempat letak kenderaan di pangsapuri Lake View Suites, Austin Perdana, di sini roboh.

Tinjauan Utusan Malaysia yang mendapat maklumat daripada orang awam mendapati keadaan itu berbahaya dan perlu dibaiki segera demi keselamatan orang ramai, khususnya penghuni pangsapuri 18 tingkat tersebut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, runtuhan itu berlaku disebabkan hujan lebat sejak seminggu lalu.

Justeru, dia yang menyewa di pangsapuri tersebut meminta supaya pihak pengurusan membaiki segera runtuhan itu kerana keadaan cuaca panas sejak dua hari lalu.

“Memang nampak tidak berapa serius, tetapi sekiranya hujan lebat secara berterusan sudah tentu runtuhan itu bertambah buruk dan boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Dia berharap pihak yang bertanggungjawab peka dan membaiki segera kejadian runtuhan tersebut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya