Tanah runtuh: Polis rakam keterangan pengusaha, dua pekerja

Tanah runtuh: Polis rakam keterangan pengusaha, dua pekerja

TIGA anggota bomba meninjau keadaan lokasi tanah runtuh pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Tapak Perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highland di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja  tapak perkhemahan Father’s Organic Farm bagi membantu siasatan berhubung kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pengusaha yang berbangsa Cina dan berumur lingkungan 50-an itu dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, petang semalam untuk membantu siasatan. 

“Selain pemilik itu, dua lagi pekerja lingkungan umur 20 dan 30-an juga turut dipanggil serta soal siasat masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita. 

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata, syarikat tersebut didapati tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tapak perkhemahan daripada Majlis Pembandaran Hulu Selangor (MPHS).

Sehingga kini, usaha pencarian dan menyelamatkan 9 orang lagi mangsa yang masih belum ditemui telah diteruskan sejak pukul 8.30 pagi tadi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN