Tanah runtuh: Kabus, hujan di lokasi kejadian

Tanah runtuh: Kabus, hujan di lokasi kejadian

Hujan lebat dikatakan punca berlakunya targedi tanah runtuh di Batang Kali pada Disember tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kabus menyelubungi lokasi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, dekat sini.

Ia susulan hujan renyai mula turun sekitar pukul 5.15 petang tadi.

Keadaan itu berkemungkinan boleh menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga, hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang perkembangan dimaklumkan sama ada operasi SAR ditangguhkan atau sebaliknya.

Setakat pukul 5 petang tadi, tiada mangsa disahkan ditemukan anggota penyelamat pada hari ketiga operasi SAR, hari ini.

Sehingga kini, sembilan mangsa masih dilaporkan hilang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN