Takiyuddin, jangan gopoh -Anwar

Takiyuddin, jangan gopoh -Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar tidak terburu-buru mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau berkata, selaku Menteri Kewangan, beliau mempunyai segala fail dan maklumat berkaitan segala tindakan dan kelulusan yang dipercayai berlaku perlanggaran peraturan.

“Dia tidak baca (fakta laporan). Takiyuddin jangan gopoh,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan dakwaan mengaitkan dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian.

Sehubungan itu, Pas menggesa Anwar mengemukakan bukti berhubung perkara tersebut.

Anwar semalam memaklumkan beliau sebagai Menteri Kewangan memutuskan untuk membatalkan keputusan kekerapan 22 kali cabutan khas perjudian sebaliknya mengembalikan kekerapan cabutan khas perjudian kepada lapan kali setahun.-UTUSAN

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya