Surau SMK Mulong terbakar

Surau SMK Mulong terbakar

BANGUNAN surau di belakang SMK Mulong yang hangus dalam kebakaran di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelajar dan murid dua buah sekolah yang terletak bersebelahan bertempiaran lari selepas surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini terbakar semasa mereka mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan SMK Mulong terkejut apabila melihat kepulan asap hitam sebelum mereka menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Roslan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum tiga jentera dengan 12 anggota dari Balai Bomba Ketereh, Tunjong dan Kota Bharu bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.42 pagi.

Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, surau terbabit sudah terbakar hampir 90 peratus.

“Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran itu. Memandangkan bangunan surau itu merupakan binaan milik kerajaan, kita akan lakukan semakan dan serahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan api kebakaran daripada merebak ke bangunan sekolah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Roslan, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan bernilai hampir RM50,000 manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya