Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS

Sultan Nazrin berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Tuanku Cancelor kepada Wan Mohamad Afiq Wan Aris Fathillah pada Istiadat Konvokesyen USAS ke-15 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-15 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 1,908 graduan merangkumi ijazah doktor falsafah seramai empat orang, ijazah sarjana seramai 47 orang manakala bagi sarjana muda adalah 990 orang dan selebihnya daripada graduan Diploma.

Dalam istiadat konvokesyen tersebut, lima anugerah disampaikan iaitu Anugerah Tuanku Canselor; Anugerah Menteri Besar Perak; Anugerah Naib Canselor USAS; Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial serta Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat.

Seramai tujuh penerima anugerah berkenaan iaitu Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah (Anugerah Tuanku Canselor); Nurul Ayu Shahira Basri (Anugerah Menteri Besar Perak); Nuramirah Aisyah Ahmad Fuad (Anugerah Naib Canselor USAS); Faiz Marsus dan Muhammad Hasti Mohd Razali (Anugerah Terbaik Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial) dan Mohamad Farith Amer Mohamad Hallaj serta Nur Mardhiah Maisara Mohamed Ali (Anugerah Terbaik Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat). –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya