Sivaraj akui masih ramai mahu undinya

Sivaraj akui masih ramai mahu undinya

C. Sivaraj (kiri) pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Parlimen Padang Serai di Kulim Avenue, Kulim. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj mengakui masih ramai pengundi di kawasan itu mahu mengundinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Rabu ini.

Sivaraj berkata, ramai yang menghubunginya kerana keliru dengan pengumuman menarik diri oleh BN selain bertanyakan bagaimana proses itu boleh berlaku.

“Justeru, saya rayu mereka undi calon Pakatan Harapan (PH) walaupun nama saya akan berada dalam kertas undi, tapi, disebabkan persefahaman yang ada dengan mereka dan seperti diminta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Maka, wajar pengundi yang sokong BN atau saya mengundi calon PH. Ia lebih baik dibiarkan pertembungan satu lawan satu baru kita ada peluang boleh menang agar ia membawa kesinambungan pembangunan di Padang Serai,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Jumaat lalu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa BN sedia memberi laluan kepada calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak untuk PRU15 Parlimen Padang Serai, 7 Disember ini.

Tambah Sivaraj, beliau kini berusaha sedaya upaya turun ke setiap kawasan untuk membuat penjelasan kepada kelompok-kelompok kecil yang masih keliru untuk mengundi BN atau PH.

Bagaimanapun, kata beliau, sudah ramai yang memahami dan boleh menerima jajaran baharu politik yang diwujudkan antara BN dan PH.

Katanya, amat penting untuk memenangkan calon PH agar segala perancangan dibuat melalui lima tekad atau manifestonya dapat dilaksanakan melalui persefahaman dicapai.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa beliau akan dipertimbangkan untuk diberi peranan sesuai dalam kerajaan, Sivaraj berterima kasih dengan cadangan itu.

“Saya tidak meminta atau ditawarkan (sebelum bersetuju memberi laluan). Saya tidak meletakkan apa-apa syarat, malah pada awal lagi saya kata tak adil atas sebab pelbagai faktor.

“Saya ambil masa seharian untuk membuat keputusan dan selepas itu saya putuskan perlu memberi laluan kerana kalau undi kita pecah risiko hilang kerusi (PH) dan saya juga perlu terima hakikat sebab BN juga yang berikan watikah untuk saya bertanding,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya