Sidang Parlimen dimulai dengan pilih speaker baharu - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen dimulai dengan pilih speaker baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini akan bermula pada pukul 10 pagi dengan terlebih dahulu memilih  speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Datuk Johari Abdul daripada PKR   bagi mengisi jawatan itu manakala Perikatan Nasional  (PN) mencalonkan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Dr. Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.

Selepas speaker baharu dipilih, beliau akan mengangkat sumpah dan   selepas itu sidang Parlimen akan memilih timbalan speaker.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Md. Nor daripada BN, dan Ahli Parlimen Lanang daripada PH, Alice Lau dijangka menjadi calon kerajaan bagi jawatan timbalan speaker.

Sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama selepas PRU15 diadakan, yang juga sidang pertama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Persidangan itu akan berlangsung dua hari sehingga esok, 20 Disember.

Perkara utama sidang itu yang dijangka mencuri tumpuan ialah mengenai usul undi percaya terhadap Anwar bagi menguji keabsahan sokongan wakil-wakil rakyat terhadap beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ini selepas kontroversi perjanjian persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti lain yang membentuk Kerajaan Pusat, apabila memasukkan klausa yang menyatakan bahawa mana-mana ahli parlimen yang tidak menyokong usul kerajaan akan dianggap hilang kelayakan sekali gus kerusi mereka akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya