‘Semboyan kebangkitan perpaduan ummah diterima di Padang

‘Semboyan kebangkitan perpaduan ummah diterima di Padang Serai’

shahidan
SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai disifatkan sebagai satu semboyan perpaduan ummah semakin diterima dengan sangat luar biasa. 

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini kerana PN berjaya merampas kerusi tersebut yang disandang Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dengan majoriti besar. 

“Tahniah kepada rakyat P.017 Parlimen Padang Serai kerana memilih Perikatan Nasional.

“Menang dengan majoriti sebanyak 16,260 undi adalah satu siren kebangkitan bahawa perpaduan ummah semakin diterima dengan hebat dan dahsyatnya! Penyatuan dan perpaduan ummah untuk semua!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, kerusi Parlimen Padang Serai yang disandang PH selama tiga penggal berjaya dirampas PN sekali gus menjadikan 14 kerusi Parlimen dikuasai PN di Kedah pada PRU15. 

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin yang menerima 51,637 undi diumumkan sebagai pemenang selepas mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi. 

Dua calon yang menarik diri, Datuk C. Sivaraj daripada Barisan Nasional (BN) dan calon Parti Warisan, Mohd. Bakhri Hashim masing-masing turut mendapat 2,983 dan 149 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya