Remaja maut, motosikal rempuh treler rosak  - Utusan Malaysia

Remaja maut, motosikal rempuh treler rosak 

KEADAAN motosikal yang dibonceng mangsa yang maut, Nur Irfan Syahril Abdullah dalam kemalangan di Kilometer 91.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Gurun, Sungai Petan malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal diboncengnya merempuh belakang sebuah treler rosak  yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 91.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) dekat Gurun semalam.

Dalam kejadian  pukul 9.48 malam, mangsa yang maut ialah Nur Irfan Syahril Abdullah, 15, berasal dari Taman Mutiara Naga, Kepala Batas.

Manakala penunggang motosikal, Mohd. Zaid Izzuddin Mohd. Rizal, 18, dari Jalan Istana Tanjung Kapor, Jitra, mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan itu berlaku apabila motosikal dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth tersebut melanggar treler yang berada di lorong kecemasan kerana rosak. 

Menurut beliau, akibat rempuhan itu  menyebabkan pembonceng motosikal tersebut maut di lokasi kejadian sebelum diibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di Zon Merah HSAH,” kata beliau.

Tambahnya, hasil siasatan awal juga mendapati kesalahan berpunca daripada motosikal yang menunggang di lorong kecemasan walaupun pemandu treler tersebut telah meletakkan kon.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.