Rafizi nafi ugut Azam Baki

Rafizi nafi ugut Azam Baki

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan mengugut untuk mencari Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki jika gabungannya mengambil alih kepimpinan negara.

Rafizi berkata, kenyataan tersebut hanyalah ‘political soundbytes’ atau ‘news byte’.

Katanya, apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah untuk menjadikan semua institusi dan undang-undang bersifat bebas apabila kerajaan baharu mengambil alih.

“Ini bukan sahaja kepada Azam Baki sahaja, semua pihak termasuk juga saya. Kita harus berhati-hati dengan setiap tindakan yang kita lakukan.

“Harapan saya adalah untuk memastikan institusi bebas serta terdapat semak dan imbang supaya semua orang berada di landasan yang betul.

“Biar undang-undang tersebut yang menentukan sendiri apabila terdapat kebebasan dalam undang-undang. Ini adalah peringatan kepada semua orang,” ujarnya.

Semasa kempen PRU15 sebelum in, Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pandan menerusi Ceramah Mega di Johor Bahru berkata, PH akan mencari Azam sekiranya gabungan itu menang pada PRU15. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya