Bukti rakyat kecewa dengan penipuan PH-BN -Muhyiddin

PRU15 Padang Serai: Bukti rakyat kecewa dengan PH-BN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai  jelas menunjukkan yang rakyat sudah tidak yakin dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi itu didorong oleh rasa kecewa dengan penipuan pemimpin kedua-dua parti berkenaan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, keadaan itu sekali gus menyebabkan ramai penyokong PH dan BN beralih arah menyokong PN kerana sudah tidak teruja dengan gabungan berkenaan.

Malah, menurutnya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman manakala majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda yang dimenangi oleh PH pada  PRU14.

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH-BN, mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara. 

“Bagi saya, penipuan PH-BN dalam PRU15 adalah ‘the biggest electoral fraud ever’ dan semalam pengundi di Padang Serai dan Tioman sudah memberi isyarat jelas yang mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 selepas mendapat 51,637 undi mengatasi calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi.

Di Tioman pula, BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan majoriti 573 undi.

Calon BN, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu memperoleh 8,080 undi dan menewaskan calon PN, Nor Idayu Hashim yang memperoleh 7,507 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya