Polis kutip RM49.6 juta hasil saman tertunggak

Polis kutip RM49.6 juta hasil saman tertunggak

ORANG ramai beratur menunggu giliran bagi melakukan bayaran saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Jalan Bandar. Penawaran diskaun tersebut sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80 peratus dengan had minimun RM30 bermula 9 hingga 12 Disember tahun lalu -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM49.6 juta jumlah kutipan saman trafik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Jumlah itu diperoleh daripada 105,260 pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kutipan itu diperoleh selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan sistem pembayaran saman secara tanpa tunai dan digital menerusi aplikasi ‘MyBayar Saman’.

Kata beliau, sepanjang tempoh itu, sebanyak 37 Kaunter Diskaun Saman 50 Peratus dibuka di seluruh negara dengan jumlah kutipan saman sebanyak RM10.37 juta.

“Inisiatif ini jelas menyokong usaha pembangunan digital negara sekali gus memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai,” katanya sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran JSPT di Bukit Aman, di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya