PN sudah lantik ketua pembangkang -Hadi

PN sudah lantik Ketua Pembangkang -Hadi

ABDUL Hadi selesai memberi keterangan lebih satu jam setengah di IPD Sentul di Kuala Lumpur, petang ini. -UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan gabungan parti berkenaan sudah melantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Presiden Pas berkenaan bagaimanapun tidak memaklumkan siapa individu yang telah dilantik dan meminta menunggu kenyataan rasmi daripada PN.

Jelasnya kenyataan rasmi berkenaan siapa ketua pembangkang tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Itu akan dibuat kenyataan. Kita sudah lantik dan PN akan buat kenyataan dalam masa terdekat,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, petang tadi.

Semalam, media melaporkan Naib Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan PN masih belum memutuskan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu sebagai ketua pembangkang.

Beliau bagaimanapun menjangkakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin bakal dipilih sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.

Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, perkara itu dilihat wajar memandangkan Pas memenangi kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa terdapat usaha memastikan PN menjadi kerajaan, Abdul Hadi berkata ia adalah untuk PRU akan datang.

“Sekurang-kurangnya untuk PRU akan datang kerana pengaruh yang kita ada sekarang kita akan lonjakkan lagi.

“Kita juga akan lihat pada perkembangan selanjutnya apakah tindakan kerajaan dan kita tunggu apa reaksi rakyat terhadao kerajaan hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya