PM terima kunjungan Bilal Erdogan

PM terima kunjungan Bilal Erdogan

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Bilal Erdogan yang merupakan anak Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Bilal Erdogan yang merupakan anak Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, semalam.

Menurut satu hantaran Facebook milik Anwar, beliau berharap kunjungan itu akan terus mempererat hubungan Malaysia dan Turkiye.

“Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala Lumpur. Insya Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,” katanya.

Tayyib Erdogan antara pemimpin utama dunia yang terawal menghubungi Anwar bagi merakamkan ucapan tahniah beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Pada 2018, Anwar pernah menjalani pembedahan tulang belakang dan bahu di Medipol Mega University Hospital di Istanbul dan beliau juga dikunjungi Tayyib Erdogan dan isterinya selepas menjalani pembedahan.

Anwar sebelum ini juga menegaskan akan menggunakan hubungan baiknya dengan pihak luar negara untuk menarik pelaburan ke Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN