PM terima kunjungan bakal duta Malaysia ke luar negara

PM terima kunjungan bakal duta Malaysia ke luar negara

ANWAR Ibrahim bersama-sama para diplomat Malaysia yang akan bertugas ke luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat oleh seramai 10 orang ketua perwakilan diplomatik Malaysia yang baharu ke luar negara.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial rasminya, beliau mengucapkan selamat maju jaya dan berharap supaya mereka dapat membawa hala tuju dasar luar negara ke tahap lebih baik.

“Besar harapan saya agar mereka akan dapat bawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia,” nukil beliau dengan turut dilampirkan empat foto.

Sesi pertemuan berkenaan diadakan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini dan mereka turut sempat mendengar amanat Anwar sambil diberikan peluang beramah mesra.

Bagaimanapun, seorang tidak dapat hadir iaitu bakal Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin kerana difahamkan masih lagi berada di Qatar.

Beliau yang juga Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara pada ketika ini mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa mengunjungi ke negara tersebut.

Lawatan khas itu atas persilaan peribadi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani bersempena Piala Dunia FIFA 2022 selain menghadiri majlis santapan bersama-sama warga Malaysia.

Kesemua ketua perwakilan yang diraikan Perdana Menteri telah pun menerima watikah rasmi pelantikan daripada Seri Paduka Baginda dalam majlis pengurniaan pada 2 Disember lepas.

Mereka ialah bakal Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai, Dr. Adina Kamarudin (Jerman), Mohamad Nasri Abdul Rahman (Jordan), Ilham Tuah Illias (Uzbekistan), Edi Irwan Mahmud (Laos), Zainal Izran Zahari (Senegal) dan Mohd. Adli Abdullah (Kazakhstan).

Sementara tiga lagi individu bakal dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baharu ke negara anggota Pertubuhan Komanwel iaitu Mohamad Azhar Mazlan (Pakistan). Mazita Marzuki (New Zealand) dan Badli Hisham Adam (Sri Lanka). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya