Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah satu

Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah satu perubahan biasa -Anwar

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertukaran Ketua Setiausaha Perbendaharaan adalah satu perubahan biasa.

Itu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidin yang dikatakan dicuti atau direhatkan.

Jelas Anwar, perkara itu langsung tidak melibatkan sebarang spekulasi sebagaimana digembar gemburkan dalam media.

“Ini hanya perubahan biasa. Ia hanya melibatkan seperti soal kenaikan pangkat, perubahan jabatan, dan urusan lain yang diputuskan oleh penjawat awam diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya dalam sidang akhbar pengumuman khas senarai nama timbalan menteri, di sini malam ini.

Status Asri Hamidin, 56, yang dilantik pada 2020 menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan baru-baru ini.

Malah, ketika sidang akhbar selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.