Penunggang motosikal maut terbabas di lebuh raya 

Penunggang motosikal maut terbabas di lebuh raya 

KEADAAN motosikal mangsa yang maut dalam kejadian di Kilometer 231.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya  terbabas dalam kejadian di Kilometer 231.9, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini kira-kira pukul 7.55 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Faizul Mohd. Latih, 27, beralamat di Ledang, Johor, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 bergerak bersendirian dari arah Melaka menghala ke Kuala Lumpur. 

“Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan, terbabas sendiri lalu terjatuh di lorong kecemasan. 

“Akibat kemalangan, penunggang  motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat petang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.