Peniaga rugi RM500,000 rumah dipecah masuk

Peniaga rugi RM500,000 rumah dipecah masuk

MUHAMAD Zaki Harun (depan) semasa sidang media di IPD Kuala Krai, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang wanita yang merupakan peniaga kedai makan mengalami kerugian sebanyak RM500,000 apabila rumahnya di Kampung Paya Bemban di sini dipecah masuk dua lelaki awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa yang berusia 71 tahun berada di rumahnya seorang diri sebelum menyedari dua lelaki masuk melalui bahagian siling rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam keadaan itu, kedua-dua suspek bertindak melarikan wang tunai berjumlah RM120,000 dan beberapa utas barangan kemas milik mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai mengalami kerugian hampir RM500,000 dalam kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu dan diharap ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.