Peniaga maut pacuan empat roda terjunam dalam sungai

Peniaga maut pacuan empat roda terjunam dalam sungai

KEADAAN pacuan empat dipandu Zaiton Omar selepas terjunam ke dalam sungai di jambatan Bukit Perpat, Marang, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang peniaga maut setelah pacuan empat roda dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di jambatan Bukit Perpat setinggi kira-kira enam meter, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11  pagi itu, mangsa, Zaiton Omar, 64, dari Kampung Lubuk Pandan memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Kampung Bukit Perpat menghala ke Wakaf Tapai, Marang. 

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa yang merupakan peniaga kedai runcit hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian. 

“Akibat daripada itu, pacuan empat roda berkenaan terjunam dan terbalik ke dalam sungai di bawah jambatan Bukit Perpat setinggi kira-kira enam meter. 

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan orang awam dari kenderaan, namun, dalam  keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Zain memberitahu, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Tambahnya,  kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.