PDRM perlu adil, siasat juga pemimpin PH sentuh isu umat Islam

PDRM perlu adil, siasat juga pemimpin PH sentuh isu umat Islam -Hadi

ABDUL Hadi berjalan keluar selepas selesai memberikan keterangan lebih satu jam setengah di IPD Sentul di Kuala Lumpur, petang ini. -UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta berlaku adil dengan menyiasat sama pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menyentuh sentimen umat Islam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, siasatan segera perlu dijalankan oleh PDRM sama seperti beliau yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, beberapa laporan polis terhadap pimpinan PH sebelum ini telah dibuat oleh ahli Pas serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agama.

“Ini giliran saya dan saya nampak kerajaan baharu ini sangat aktiflah, pro aktif. Jadi, saya minta supaya giliran pihak puak PH yang menyentuh umat Islam juga disegerakan siasat sama.

“Kita tunggu dan lihat serta saya harap ia perlu disiasat sama macam saya supaya berlaku adil,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di IPD Sentul, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai proses memberi keterangan kepada polis, Abdul Hadi berkata beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada soalan yang diajukan kepadanya.

“Saya bersedia untuk tindakan selanjutnya sama ada ke mahkamah atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Wan Rohimi Wan Daud yang merupakan peguam Abdul Hadi memaklumkan proses rakaman kenyataan berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, Abdul Hadi dipanggil bagi membantu siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat di IPD Sentul dan IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur serta IPD Alor Setar di Kedah.

“Saya tidak tahu berapa jumlah laporan polis tetapi berganda yang telah dibuat ke atas beliau (Abdul Hadi) dan Tan Sri disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang itu tiba di IPD Sentul pada pukul 2.55 petang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire bagi memberi keterangan berkenaan laporan yang dibuat terhadapnya baru-baru ini oleh PH.

Abdul Hadi kemudiannya dilihat keluar daripada IPD sentul satu jam setengah selepas itu sebelum begerak pulang sekitar pukul 4.45 petang selepas selesai sidang media.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa di samping turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak bermoral.

Beliau juga menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah ‘untuk menang dengan apa cara sekalipun’.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulis dalam Harakah, ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya