Pas gesa PM kemuka bukti PN guna dana judi

Pas gesa PM kemuka bukti PN guna dana judi

pru15
TAKIYUDDIN Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengemukakan bukti yang Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat perjudian dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Gesaan itu dibuat Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sambil menjelaskan yang PN akan mengambil tindakan jika sekiranya Perdana Menteri gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan berkenaan.

Takiyuddin dalam kenyataan yang sama juga turut menyifatkan ia adalah tuduhan liar yang dilemparkan terhadap PN, sekali gus menafikan dakwaan tersebut.

“Pas amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

“Tuduhan itu langsung tidak berasas dan Pas menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar berkenaan jika ada.

“Sekiranya gagal, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

“Sama ada anda menggelar parti anda sebagai parti Melayu atau parti Islam, dana itu datangnya daripada syarikat perjudian,” katanya, yang memaklumkan akan menyemak perkara berkenaan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya