Onn Hafiz ucap tahniah kepada Anwar, JDT

Onn Hafiz ucap tahniah kepada Anwar, JDT

ONN HAFIZ GHAZI membentangkan Belanjawan Johor 2023 di Kota Iskandar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Beliau mengucapkan ucapan tersebut semasa membentangkan Belanjawan Johor 2023 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

“Johor menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menyelesaikan kemelut kepemimpinan negara dengan berhemah dan bijaksana selepas tamatnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya berdoa agar keputusan itu dapat mewujudkan kestabilan politik dan berupaya memastikan usaha pemulihan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dan Johor.

“Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Selamat maju jaya saya ucapkan,” katanya ketika memulakan ucapan beliau di Kota Iskandar, di sini.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 November lalu.

Onn Hafiz turut merakamkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2022 selepas menjuarai Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super Malaysia, musim ini.

JDT mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan ‘treble’ buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 dengan menewaskan Selangor FC 2-1 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya