Melaka tolak 50 permohonan lanjutan milikan tanah di empangan

Melaka tolak 50 permohonan lanjutan milikan tanah di empangan

SULAIMAN Md. Ali berucap ketika sesi penggulungan penangguhan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri tidak meluluskan 50 permohonan lanjutan tempoh pemilikan tanah berhampiran Empangan Durian Tunggal, Alor Gajah supaya kawasan itu terus membekalkan air untuk kegunaan rakyat Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, tanah yang dipohon itu terletak dalam lingkungan 500 meter dari kawasan tadahan air tersebut.

Jelasnya, mengikut Seksyen 90A, Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, kawasan dalam jarak 500 meter tidak boleh dibangunkan kerana dibimbangi mendatangkan pencemaran air.

“Mana-mana tadahan air ini mesti dipulihara dan kualiti air mesti dijaga, sebab kawasan sekitar empangan diwartakan sebagai kawasan sensitif alam sekitar tahap satu (KSAS1) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa menerusi Rancangan Struktur Negeri 2035.

“Mengikut warta tersebut, aktiviti pertanian yang bersempadanan dengan jarak 500 meter dari empangan adalah sama sekali tidak dibenarkan,” katanya dalam ucapan penggulungan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Tambah Sulaiman, Badan Kawal Selia Air (BKSA) menerima sebanyak 72 permohonan ulasan untuk lanjutan tempoh pajakan tanah setakat Mei lalu.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 50 permohonan berada pada jarak lima hingga 500 meter dari gigi air, sementara 22 lagi akan dipertimbangkan kerana jarak yang sesuai dari empangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya