KUALA LUMPUR: Pengundi muda terutama yang berusia 18 tahun perlu diberikan pendedahan dan dimantapkan pemahaman mereka mengenai proses demokrasi dan politik negara, bukannya dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihan raya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengasas Undi18, Tharma Pillai berkata, langkah itu akan membolehkan mereka lebih memahami proses demokrasi berperlembagaan, seterusnya mampu membuat keputusan tepat ketika membuang undi dalam pilihan raya. Menurut beliau, pewartaan Undi18 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)…










