Lelaki ditangkap rogol anak tiri - Utusan Malaysia

Lelaki ditangkap rogol anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki ditangkap selepas dia dipercayai merogol anak tirinya berusia 13 tahun dalam kejadian di Batu Kikir, di sini, pada 10 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 34 tahun berjaya ditangkap kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah warung tempatnya bekerja.

Ia kurang tiga jam selepas mangsa membuat laporan polis pada pukul 2.28 petang.

Menurut Chang Hook, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menerima laporan yang dibuat oleh mangsa susulan kejadian rogol yang berlaku kira-kira pukul 8 malam, 10 Disember lalu ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu.

“Mangsa telah menceritakan kejadian tersebut kepada kakaknya dan kakaknya telah membawa mangsa untuk membuat laporan polis. Mangsa turut mendakwa mula dirogol oleh suspek sejak tahun lalu sehingga kali terakhir iaitu pada 10 Disember lalu.

“Mangsa kini diletakkan di bawah jagaan neneknya sementara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat kelulusan bagi permohonan perlindungan interim terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau kini ditahan reman selama tujuh hari iaitu mulai hari ini sehingga 5 Januari bagi membolehkan siasatan terhadapnya dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.