King Aiman yakin tidak hilang wang deposit

King Aiman yakin tidak hilang wang deposit

SULAIMAN Bakar (berdiri) mengedarkan risalah kepada pengundi muda DUN Tioman di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Calon Bebas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Sulaiman Bakar yakin tidak hilang wang deposit jika anak muda yang merupakan pengundi luar pulang mengundi pada 7 Disember ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, bekas guru yang mesra dipanggil King Aiman itu berkata, rata-rata anak muda di DUN Tioman mengenalinya kerana merupakan bekas anak muridnya.

“Insya-Allah tidak hilang deposit jika anak-anak muda yang merupakan pengundi luar balik mengundi.

“Bagaimanapun, saya tetap reda, jika hilang wang pertaruhan, tetapi perjuangan tetap diteruskan. Tapi saya lihat ada gelombang anak muda dan pengundi baharu di sini.

“Kalau mereka (anak muda) pilih calon bukan parti, jadi saya ada harapan, ini kerana sebagai bekas pendidik di sini, ramai anak muda kenal saya di sini,” katanya di sini semalam.

King Aiman berkata, selepas tiga bulan pencen sebagai guru, beliau memilih mencuba nasib bertanding PRU15 DUN Tioman untuk terus berkhidmat kepada penduduk di sini.

“Memang ada parti politik tawar saya untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah, tapi saya pilih bertanding Bebas.

“Ini kerana saya lihat parti politik pada ketika ini semua bermasalah, jadi setelah difikirkan saya pilih bertanding Bebas,” katanya yang 34 tahun tinggal di Rompin.

Bagaimanapun katanya, jika menang PRU15 DUN Tioman beliau tidak menolak kemungkinan menjadi wakil rakyat yang menyokong kerajaan negeri yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Itu saya akan fikirkan nanti, tentu selepas dipilih saya mahu berkhidmat kepada rakyat dan membawa pembaharuan dan pembangunan.

“Untuk melaksanakan itu, saya perlu ada peruntukan, ini soal kedua, apa yang penting saya perlu menang dulu di DUN Tioman,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya