Kerajaan Perpaduan: Rafizi akan buat video beri pandangan - Utusan Malaysia

Kerajaan Perpaduan: Rafizi akan buat video beri pandangan

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Rafizi Ramli, Timbalan Presiden PKR antara tokoh Pakatan Harapan (PH) yang turut terlibat dalam rundingan Kerajaan Perpaduan berjanji akan membuat video memberi pandangan berhubung kritikan-kritikan ke atas kerajaan baharu tersebut.

Rafizi yang dilantik sebagai Menteri Ekonomi dalam Kabinet Datk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya hari ini berkata,  `Tak cantik runding tapi bising di luar’.

Oleh itu, kata tokoh yang lantang sepanjang kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) itu,  beliau akan memberikan pandangannya mengenai Kerajaan Perpaduan  menerusi video tidak lama lagi.

Pada PRU15, PH menang 82 kerusi dan seterusnya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas gabungan itu mendapat sokongan daripada beberapa parti lawannya termasuk BN.

Jumaat lalu,  Anwar mengumumkan Jemaah Menterinya yang dianggotai 15 Ahli Parlimen PH, enam daripada BN, lima daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan seorang lagi Ahli Parlimen Bebas.

Sejak pengumuman  itu, ramai mengkritik antaranya membabitkan lantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan  pelantikan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri walaupun tidak memenangi kerusi di Parlimen di Kuala Selangor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya