Kerajaan Perpaduan perlu amal konsep federalisme-Pas

Kerajaan Perpaduan perlu amal konsep federalisme-Pas

TAKIYUDDIN Hassan (kanan) bersalaman dengan tetamu yang hadir ke Majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Kota Bharu di Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas mahu Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan konsep federalisme dengan tidak meminggirkan negeri-negeri yang ditadbir oleh parti berkenaan.

Setiausaha Agungya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi halangan atau sebab untuk Kerajaan Persekutuan tidak membantu negeri.

“Dari segi undang-undang, tiada tempoh masa bagi Perdana Menteri mengisi atau membentuk Kabinet. Cuma, Parlimen perlu bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya diadakan. Sudah tentu Kabinet perlu dibentuk dalam tempoh munasabah.

“Apapun, keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan seluruh rakyat. Siapapun menjadi Kerajaan Persekutuan, pembangunan dan kebajikan peringkat negeri tidak boleh diketepikan,” katanya pada sidang media semasa Majlis Jamuan Kesyukuran Parlimen Kota Bharu di Dataran Masjid Muhammadi, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menafikan wujudnya Kabinet bayangan PN sebaliknya gabungan parti tersebut akan berperanan sebagai sebuah blok pembangkang yang konstruktif.

Katanya, PN mempunyai seramai 73 ahli Parlimen yang akan diagih-agihkan peranan untuk melaksanakan pemantauan terhadap kementerian-kementerian dalam Kerajaan Persekutuan.

“Kita agih-agihkan peranan tersebut. Mungkin tiga ahli Parlimen akan memantau satu kementerian. Jadi, tiada istilah Kabinet atau kerajaan bayangan dan kita akan beri pandangan serta cadangan kepada kementerian-kementerian yang ada.

“Dengan pengalaman yang ada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, saya yakin PN mampu menjadi blok pembangkang yang efektif dalam Parlimen,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, jamuan kesyukuran itu tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Kelantan yang memberi kemenangan kepada Pas dan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Alhamdulillah, nampaknya rakyat di Kota Bharu memberikan mandat kepada saya sekali lagi sebagai ashli Parlimen di kawasan ini untuk penggal ketiga.

“Dalam ucapan, saya tekankan perkara paling penting bagi wakil rakyat yang dipilih adalah membawa mandat rakyat terutamanya isu-isu berkaitan pembangunan dan kebajikan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.