Johari sedia jadi Speaker Dewan Rakyat

Johari sedia jadi Speaker Dewan Rakyat

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memaklumkan beliau tidak akan menolak sekiranya ditawar menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat pelantikan ke jawatan berkenaan.

“Belum lagi, belum (menerima surat lantikan) dan ya saya masih me­nunggu pelantikan (jika benar).

“Kalau saya dimaklumkan, insya-Allah saya bersetuju,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Ditanya bagaimana beliau mengetahui bahawa dirinya antara calon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari berkata, ia melalui pembacaannya di akhbar-akhbar.

“Saya pun baca dari akhbar-akhbar,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Johari sebagai antara nama-nama yang disebut bakal menjadi pilihan Pakatan Harapan (PH) bagi jawatan Speaker Dewan Rakyat.

Timbalan pengerusi PH Kedah itu sebelum ini juga mengesahkan namanya antara calon yang dicadangkan bagi menggantikan Yang Dipertua Dewan Rak­yat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Azhar Azizan perlu berundur daripada jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 18 Disember ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam memaklumkan Perikatan Nasional (PN) sudah menghantar dua nama untuk dicalonkan sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya