Johari, Radzi calon speaker baharu - Utusan Malaysia

Johari, Radzi calon speaker baharu

Datuk Johari Abdul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul dan  bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad dicalonkan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Johari dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah menamakan Radzi dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dengan dua nama itu, peruntukkan mesyuarat menetapkan supaya ahli-ahli Parlimen menulis nama Yang Dipertua Dewan Rakyat di atas kertas bagi mendapatkan nama calon yang mendapat undi paling ramai.

Terdahulu, Perdana Menteri tiba di pekarangan Parlimen pada pukul 9.55 dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta setiausaha politik yang baharu dilantik, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin dan Chan Ming Kai. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya