Johari Abdul kosongkan kerusi DUN Gurun

Johari Abdul kosongkan kerusi DUN Gurun

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusi DUN Gurun yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menerusi satu klip video berdurasi kira-kira dua minit yang diterima Utusan Malaysia pada pukul 2.44 pagi tadi, Johari memaklumkan keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Speaker Dun, Datuk Juhari Bulat.

Katanya, pemakluman tersebut telah dibuat menerima sepucuk surat yang disahkan diterima Juhari pada 13 Disember lalu.

“Dalam surat itu saya memaklumkan kepada Speaker bahawa saya mengosongkan kerusi DUN Gurun yang diwakili berkuatkuasa serta-merta.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam DUN Kedah,” katanya menerusi video berkenaan

Bagaimanapun Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani tidak langsung memaklumkan mengenai punca keputusan itu diambil.

Sebelum ini, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengesahkan yang beliau menjadi pilihan PH bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Johari turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Gurun dan pengundinya di kawasan DUN tersebut.

“Anda telah memberikan kerjasama luar biasa dan kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Gurun.

“Insya-Allah kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubungan baik ini akan berkekalan dalam memakmurkan serta membangunkan Kedah,” katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN