Jepun wajib kalahkan Sepanyol

Jepun wajib kalahkan Sepanyol

TONGGAK tengah, Daichi Kamada (kanan) berlatih dengan pemain pertahanan, Yuto Nagatomo dalam sesi latihan skuad Jepun di padang latihan Al Sadd SC, Doha, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas mencatat kemenangan mengejut 2-1 menentang Jerman, ramai yang meramalkan Jepun akan sekali mengutip mata penuh dalam perlawanan kedua menentang Costa Rica.

Bagaimanapun, Samurai Biru gagal melaksanakan tugas itu apabila kecundang 1-0 dengan Keysher Fuller menjaringkan gol ketika permainan berbaki sembilan minit untuk meletakkan peluang dalam Kumpulan E kembali terbuka buat mana-mana pasukan.

Pasukan Hajime Moriyasu kekal dalam pemburuan untuk mara ke pusingan 16 terakhir untuk Piala Dunia kedua berturut-turut, dan tahu bahawa kemenangan menentang juara dunia 2010 Sepanyol akan menyaksikan mereka layak.

Jepun tidak boleh kalah dalam perlawanan terakhir menentang Sepanyol jika tidak mahu tersingkir pada edisi kali ini, namun mereka juga bergantung harap kepada keputusan antara Jerman menentang Costa Rica.

Jepun yang ketika ini menduduki tangga 24 dunia diharap dapat melakukan kejutan dan Moriyasu mahu pemain melupakan detik-detik menentang Costa Rica dan kembali bangkit seperti mengalahkan Jerman.

“Kami tidak mahu terlalu naik atau terlalu rendah, pendekatan saya tidak berubah. Sudah tentu apabila kami menang saya gembira dan kami mengalami kekalahan, saya kecewa. Tetapi kami tidak mahu naik dan turun seperti menunggang ‘roller-coaster’,” katanya.

Jepun tidak pernah berdepan Sepanyol dalam perlawanan kompetitif sebelum ini, dengan satu-satunya pertemuan sebelum ini pada April 2001 apabila La Roja memperoleh kemenangan tipis 1-0 dalam aksi persahabatan.

Sepanyol terlepas peluang untuk layak lebih awal ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 selepas mereka diikat oleh 1-1 dalam perlawanan kedua.

Menurut pengendali Sepanyol, Luis Enrique, pasukannya tidak akan memandang mudah keupayaan Jepun dan mahu bermain untuk mencari kemenangan walaupun sekarang ini mendahului Kumpulan E Piala Dunia selepas mengumpul empat mata.

“Terdapat perasaan aneh di bilik persalinan kerana kami berpeluang menewaskan Jerman dalam perlawanan kedua dan kami membiarkannya terlepas dan itu memalukan.

“Bagaimanapun, kami harus menilainya semula selepas berada di tangga teratas kumpulan maut ini dan terus kekal positif.

“Seri menentang Jepun awal pagi esok sudah pasti akan membawa kami ke pusingan kalah mati namun kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Kami akan menggunakan kekuatan sepenuhnya dan mencari kemenangan untuk memastikan kedudukan teratas kumpulan,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya