Jawatan TPM harap bukan 'istiadat' semata-mata

Jawatan TPM diharap bukan ‘istiadat’ semata-mata

Kuasa TPM mesti tumpu pembangunan dan kesejahteraan Sarawak -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Kerajaan Persekutuan melantik Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri diharap bukan berbentuk ‘istiadat’ (ceremonial) untuk rakyat Sarawak semata-mata.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Betong daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr. Richard Rapu @ Aman Begri berkata, pelantikan Fadillah mesti disusuli dengan bidang kuasa yang menumpukan sepenuhnya terhadap agenda pembangunan Sarawak.

Katanya, dengan jawatan itu, Fadillah mempunyai kapasiti di Dewan Rakyat untuk memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksana yang menjadi tuntutan seluruh rakyat wilayah itu sejak sekian lama.

“Premier Sarawak sudah menyatakan bahawa kami (pemimpin Sarawak) tidak meminta jawatan ini, tetapi jika diberi kami terima. Tetapi jangan hanya untuk ceremonial sahaja. Kalau ceremonial tetapi tiada kuasa khas, apa gunanya?

“Kami mahu autonomi, pendidikan, infrastruktur dan banyak lagi. Banyak sekolah daif di sini, tempat saya belajar 30 tahun lalu, hari ini pun masih sama keadaannya. Jadi berilah autonomi kepada kami dan segala peruntukan yang sepatutnya, biar kami sendiri uruskan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Senada, Ahli Parlimen Kanowit daripada GPS, Datuk Aaron Ago Anak Dagang berkata, Timbalan Perdana Menteri sudah mempunyai kuasa mengemukakan usul menambah bilangan kerusi Parlimen daripada Sarawak dan Sabah yang masih belum mencapai satu pertiga.

Katanya, perkara itu telah dibincang lebih awal di Parlimen beberapa minggu sebelum pembubaran Parlimen dan usaha menambah kawasan Parlimen Sarawak masih diteruskan.

“Tetapi, satu hal yang ketara ialah dari segi pembahagian kerusi di mana kami mahu ia mencapai satu pertiga. Dari dahulu ia tidak bertambah.

“Harapan kami sekarang menuju ke arah itu dan biar Parlimen tentukan. Apapun, ini (jawatan) adalah kebanggaan untuk rakyat Borneo dan Perdana Menteri telah memberi penghormatan kepada kami untuk menyandang jawatan tersebut,” katanya.

Di sebalik pelantikan Fadillah sebagai Timbalan Perdana Menteri, penganalisis politik berpendapat pelaksanaan MA63 lebih mustahak berbanding mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak.

Ini kerana pelantikan wakil rakyat ke dalam jawatan itu hanya menguntungkan individu berbanding seluruh rakyat daripada kedua-dua wilayah.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata, MA63 lebih penting berbanding jawatan Timbalan Perdana Menteri, malah tidak pernah meminta balasan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya